Pages

Friday, 13 January 2012

....Bismillah.....Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian bagi orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang2 yang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabt2nya.


Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha mengasihani.


Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.


Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam.


Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan martabat Al-Quran, dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.


Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.


Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kami dengan sebab membaca Al-Quran. Ya, Allah, Tuhan yang mempunyai segala macam kelebihan dan ehsan. 


Wahai Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.


Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat2 baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan Yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul.


Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...